Ummi Nazeera, Dr Izzar nikah 3 Ogos

(Sumber dari Berita Harian)

UMMI Nazeera. Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

KUALA LUMPUR: Pelakon Ummi Nazeera mengumumkan bakal bernikah dengan pasangannya, Dr Izzar, pada three Ogos 2017 dalam satu majlis tertutup yang hanya akan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Bagi majlis resepsi, pihak keluarga Ummi akan mengadakan dua majlis iaitu pada 5 Ogos dan disusuli 12 Ogos depan di lokasi yang belum dinyatakan.

“Ummi berdoa semoga segala urusan yang dirancang berlangsung dengan lancar dan dipermudahkan Ilahi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada BH On-line, tadi.

Katanya, kad jemputan hanya akan mula diedarkan pada bulan Jun.


Baca lagi: 5 Tips Untuk Kurangkan Berat Badan Dan Kelihatan Menarik

Terdahulu, pelakon ini turut berkongsi berita gembira itu secara langsung di laman Instagramnya.

Sebelum ini, menerusi Instagram juga, beliau hanya menyatakan bakal melangsungkan hari bahagia bersama pemuda terbabit selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Kami memilih Ogos yang juga bulan kelahiran saya untuk menyempurnakan separuh tanggungjawab ini. Insya-Allah. Banyak dugaan apabila bertunang ini. Doakan ya!” tulis beliau di laman sosial berkenaan.

Ummi akan genap berusia 27 tahun pada 20 Ogos depan.

Pasangan ini ditunangkan dalam sebuah majlis tertutup pada 11 Disember tahun lalu. Kedua-duanya berkenalan menerusi ibu pemuda terbabit pada sebuah majlis, 29 Januari tahun lalu.

∁∣¡∁k ¡m∂G⋿ ⊤o Close