Tuan rumah tak boleh halau penyewa, ia merupakan satu kesalahan

Viral di media sosial, gambar infografik info pengguna dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menyatakan bahawa, pemilik rumah sewa tidak boleh menghalau penyewa keluar tanpa perintah mahkamah. 

“Tuan rumah tidak boleh menghalau penyewa keluar daripada rumah sewa atau bilik tanpa perintah mahkamah berdasarkan Seksyen 7(2) Akta Relif Spesifik 1950. Ianya merupakan satu kesalahan berbuat demikian.” 

Berdasarkan undang-undang itu, maka pemilik rumah adalah dilarang menukar kunci atau selak mangga. Jika berbuat demikian, penyewa boleh mengemukakan saman terhadap pemilik di atas dakwaan menceroboh. 

REAKSI NETIZEN?

“Jadi bagaimana nak suruh penyewa bermasalah keluar dari rumah? Takkan pemilik rumah kena menanggung kerugian beratus ringgit jika penyewanya dah lama tak bayar sewa? Report polis saja, tak boleh ke?” (soalan kebiasaan) 


Baca lagi: 5 Tips Untuk Kurangkan Berat Badan Dan Kelihatan Menarik

Menurut netizen bernama Encik Rhoma berkata, pemilik rumah sewa boleh mengambil enam langkah yang mengikut saluran undang-undang. 
  1. Lantik peguam
  2. Peguam akan hantar notis tuntutan tunggakan sewa terhadap penyewa dan penyewa akan diberi masa selama tujuh hari untuk bayar sewa yang tertungguk.
  3. Jika penyewa masih enggan membayar, peguam akan menghantar notis penamatan sewaan dan notis pengosongan premis kepada penyewa.
  4. Sekiranya penyewa masih enggan keluar, peguam akan memfailkan saman terhadap penyewa.
  5. Setelah mendapat penghakiman daripada mahkamah, peguam akan failkan permohonan Writ of Distress. 
  6. Setelah perintah Writ of Distress diperolehi dari mahkamah, pemilik dan peguam akan pergi dengan bailiff (wakil mahkamah), diiringi dengan polis ke premis sewaan tersebut untuk mengarahkan penyewa mengosong premis tersebut dan barang-barang milik penyewa akan disita dan dilelong oleh mahkamah untuk menampung segala tunggakan sewa dan kos-kos yang berkaitan.

“Kalau setakat buat laporan polis, tanpa memohon perintah mahkamah, polis bukan boleh buat apa-apa pun,” katanya. 

Sementara itu, Noraidil, dari bidang guaman berkata, kebiasaannya penyewa akan keluar selepas menerima notis pertama. 

“Dalam kes biasa-biasa, penyewa dapat notis, dia akan keluar saja. Kami biasanya akan keluarkan dua notis. Notis for vacant possesion dan satu lagi notis untuk dapatkan semua rental yang tertunggak plus forfeit all the deposit. 

“Kalau setakat macam ini (kes biasa), kami caj sikit sahaja, tak sampai RM1,000 pun. Tetapi kalau dapat penyewa dari neraka dan perlu ke mahkamah, nak kena buat segala macam writ and what not, caj could go up to RM10,000,” katanya. 




(Sumber dari Thereporter)

∁∣¡∁k ¡m∂G⋿ ⊤o Close