Tragedi cuti Deepavali

SUNGAI PETANI 30 Okt. – Sekumpulan pelancong dari Kuala Lumpur sama sekali tidak menyangka per­­cutian ke negeri ini bertukar menjadi tragedi apabila dua daripada mereka maut setelah sebuah bot penambang yang dinaiki terbalik semasa perjalanan ke Pantai Merdeka.

Penumpang bot yang maut ialah Yap Wai Shiang, 19, dan Peek Lai Yee, 34.

Seorang mangsa, Chong Chin Yao, 53, berkata, dia bersama 11 yang lain termasuk ahli keluarganya menginap di puncak Gunung Jerai setelah tiba dari Kuala Lumpur semalam.