Home / hmetro / Tiga mangsa bot karam di Sabah lemas

Tiga mangsa bot karam di Sabah lemas

Kel¡k G∂mb∂r Untuk Tutup

(Sumber dari Harian Metro)

Kota Kinabalu: Dua lelaki dan seorang wanita masing-masing warga China disahkan mati dalam kejadian bot karam di perairan Mengalum dekat sini.

Pengarah APMM Daerah Maritim Kota Kinabalu Laksamana Pertama Adam Aziz berkata, mayat ketiga-tiga mangsa kini dalam perjalanan dari Labuan ke Kota Kinabalu.

“Ketiga-tiga mayat berkenaan dalam perjalanan dari Labuan ke Kota Kinabalu bersama 23 mangsa yang ditemui dengan menaiki bot nelayan,” katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

Tiga mangsa ini antara 25 orang yang ditemui di kawasan perairan Pulau Mengalum pagi dan petang tadi.

Mangsa yang belum ditemui seramai enam orang termasuk seorang kru bot berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 January 2017 @ 9:29 PM

Comments

comments

Check Also

Mahu gilap penyanyi berkualiti

Kel¡k G∂mb∂r Untuk Tutup (Sumber dari Harian Metro) Muzik sudah menjadi sebahagian hidup Mark Adam. …

error: Content is protected !!