'Tiada rezeki saya di ABPBH 30' – Ayda Jebat

(Sumber dari Berita Harian)

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat pada malam kemuncak tiga dekad Anugerah Bintang Common BH three.zero (ABPBH three.zero) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu. – Foto NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat tidak ralat gagal meraih trofi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Common BH (ABPBH) 30 yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu.

Ayda menjelaskan, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang, malah meminta peminat tidak kecewa jika rezeki tidak berpihak kepadanya.

“Saya akur tiada rezeki untuk membawa pulang trofi. Mereka yang menerima trofi ABPBH layak menang dan saya akur dengan keputusan itu.

“Terima kasih kepada pengundi dan peminat yang tak berhenti menyokong kerjaya seni saya. Saya akan berusaha dengan lebih kuat lagi dalam memberi kualiti kerja yang lebih bagus.

“Saya juga berpesan kepada peminat untuk tidak bersedih kerana ia akan meninggalkan impak kepada saya,” katanya kepada BH On-line ketika ditemui di majlis Simfoni Ariani Lebaran 2017 di KL Conference Centre, di sini.

Ayda tercalon dalam dua kategori utama iaitu Pelakon Televisyen (TV) Wanita Common dan Penyanyi Wanita Common.

Ayda yang membuat persembahan bersama Elly Mazlein pada malam kemuncak itu, turut bersaing dalam dua kategori on-line iaitu Artis Berpengaruh di Laman Sosial dan Gandingan Serasi Drama.

Tambah Ayda, biarpun tewas, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus memberikan yang terbaik dalam bidang nyanyian dan lakonan.

“Apabila saya menang anugerah, ada yang mempertikaikannya. Jika saya tidak membawa sebarang trofi, ada juga yang mempersoalkan. Namun, impak menang itu lebih besar daripada kalah.

“Menang kalah adalah adat pertandingan. Sebagai artis, saya menerima keputusan itu dengan hati terbuka. Mungkin rezeki lebih berpihak kepada saya untuk lain masa.

“Apa yang pasti, saya tidak patah semangat dan mahu berusaha dengan lebih kuat lagi,” katanya.