‘Terkena renjatan elektrik ketika gunakan handphone di waktu hujan (+petir), inilah pengalaman ngeri seumur hidup’ – Mangsa

(Sumber dari Thereporter)

Pengalaman ngeri seumur hidup. 

Petir petang tadi, kuat kan? Nasib baik tak arwah. Syukur masih dipanjangkan umur hingga sekarang. Masa menaip ini pun masih trauma, tangan terketar-ketar, kebas, seriau nak pegang handphone. Betullah kata orang, bila dah terkena pada diri sendiri, barulah kau tahu apa rasanya dan ya, hari ini giliran saya terkena. 

Innalillahiwaillahirajiun..

Sesiapa sebelum ini pun pernah pesan, jangan primary handphone semasa ia sedang dicas. Jangan pegang handphone semasa hujan lebat. Nak dijadikan sebab, maghrib tadi baru lima minit pegang handphone sebab seharian jaga anak demam. Tak sempat nak scroll newsfeed, tiba-tiba terbaca satu berita seorang sahabat meninggal dunia hari ini.