Sikap Isteri Yang Dulu Manja Tiba² Berubah, Aku Ingat Dia CURANG. Bila Check Phone Rupa²nya…

Assalamualaikum admin. Hide profil aku min. Aku dengan isteri aku dah kahwin 3 tahun lepas. kitaorang tak nafikan yang kitaorang memag bahagia min. hari-hari bini aku bahagiakan aku. aku balik kerja dia masak sedap-sedap, celoteh dia, manja dia, buat aku terus lupa penat lelah bekerja.

 

Kami belum dikurniakan cahaya mata. tapi kami bahagia, makin hari makin aku sayang dia. bagi aku dia isteri yang sangat sempurna. cinta aku pada dia tak pernah berubah. tapi min, aku nak bagatau, sejak bulan lepas bini aku dingin dengan aku. aku balik keje, biasa dia kejutkan aku kat blakang pintula, kadang sergah aku, tutup mata aku tapi sekarang da takde da macamtu. Aku tengok bila aku balik kadang dia dah tidur dulu, kadang dia tengok tv, tak hiraukan aku. kadang aku tengok dia macam baru lepas nangis. aku cuba cakap baik-baik pujuk dia walaupun aku tak tau salah aku apa. dia kata tak da apa-apa. aku pelik semacam kenapa bini aku berubah mendadak.

Pada malam tu masa dia tengah tido, aku curi-curi buka telefon dia. aku cek semua sekali. terkejutnya aku min bila ex gf aku whatsap dia . aku tak tau macamana ex aku dapat no bini aku. aku baca yang ex gf aku bagi gambar-gambar kami dlu. dia kata dia sayangkan aku lagi, dia kata aku pernah sentuh dia masa kami bercinta dulu. sejujurnya memang pernah aku sentuh ex gf aku, tapi cuma ringan-ringan takde sampai ke bilik. cuma aku tau itu kisah silam aku. aku dah berubah. cuma masa aku bercinta dengan bini aku, aku tak pernah buat macam-macam kat dia, aku sayangkan dia, jaga dia baik-baik, memang niat nak buat isteri. lagipun aku xnk jadi macam dulu lagi, insaf dah..

Sambung balik pasal ex aku tadi. aku baca chat diorang, bini aku tanya dia macam-macam.. ex gf aku ni cuba api-apikan dia, siap cakap bini aku tak subur sebab kami tak dikurniakan anak lagi. aku baca pun panas min, aku sendiri tak kisah sebab pasal anak ni rezeki min. tu kerja tuhan. aku terima bini aku seadanya memang aku sayangkan dia.. tak peduli semua tu.

Lepas aku baca tu aku amek no fon ex gf aku. kat tempat kerja aku sound dia. jangan kacau life aku. no fon ex gf aku, aku dah blok kat fon bini aku. dengan harapan tak kacau lagi. smpai sekarang min bini aku dingin dengan aku. dia memang kalau ada masalah ke memang dia suka diam je taknk bagitahu.. lepastu aku tengok dia sekarang selalu sakit. makin kurus. muka pucat. tiap malam menangis. aku serba salah min. sumpah sejak aku kenal dia aku memang setia kat dia, pandang dia sorang. aku tak kisah pun pasal anak, yang penting aku nak hidup dengan dia sampai akhir hayat aku. aku sayangkan wife aku. tolong aku min.. apa yang aku perlu buat? aku dah pujuk dia macam-macam min walaupun aku tak buat salah. sebab sayang bini punya psal aku sanggup buat. tolong aku min..

Sumber:- KRT

Leave a Reply