Sempat Berkhalwat Ketika Berkursus

JOHOR BAHRU – Seramai tujuh pasangan ditangkap berkhalwat dalam Ops Banteras Diwali di lima buah hotel bajet di sekitar Kulai, awal pagi semalam, lapor Sinar Harian.

Dalam serbuan yang oleh 20 anggota penguatkuasa Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bermula jam 12 tengah malam sehingga jam 3 pagi itu turut disertai wakil daripada Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).