Home / bharian / Selepas gelaran Datuk, Nassier dapat banglo pula

Selepas gelaran Datuk, Nassier dapat banglo pula

∁∣¡∁k ¡m∂G⋿ ⊤o Close

(Sumber dari Berita Harian)

PENYANYI in style period 80-an, Datuk Nassier Wahab. – Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Bagai mendapat durian runtuh, penyanyi in style period 80-an, Datuk Nassier Wahab, yang baru saja dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) di Istana Abu Bakar, 15 Mei lalu, kini menerima pula sebuah banglo.

Beliau dihadiahkan kediaman terbabit selaku duta kepada sebuah syarikat hartanah dan pengumumannya dilakukan pada sidang media yang berlangsung di Arduous Rock Cafe, di sini.

Syarikat berkenaan yang diterajui pelakon dan ahli perniagaan, Boy Iman, bermurah hati menghadiahkan banglo berharga RM150,000 terletak di Kapar, Klang, Selangor, sebagai menghargai perjuangan kepada penyanyi itu yang bergelar anak seni selama 32 tahun.

“Semua kurniaan yang diterima ini bagai nikmat berganda buat saya. Ia juga umpama hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke-55, pada 18 April lalu.

“Bukan saja diumumkan sebagai duta syarikat berkenaan, saya juga dihadiahkan sebuah banglo. Kediaman yang saya terima ini juga tak jauh daripada tempat tinggal saya sekarang di Bukit Raja,” kata Nassier.

Terikat selama dua tahun sebagai duta, katanya, tugas beliau adalah lebih kepada mempromosi pakej perumahan baharu dan mampu milik untuk pelanggan.

“Saya sendiri sudah lebih 20 tahun mengenali Boy Iman. Sambil membantu perniagaannya, dapat juga saya menolong beliau mempromosi apa yang diusahakannya itu.

“Dalam hal ini, kita berusaha mendidik masyarakat untuk membeli rumah pada usia muda. Jangan tunggu hingga usia sudah lewat baru nak memiliki rumah sendiri. Rumah ialah aset dan keperluan, jadi jangan kita ambil mudah soal berkenaan,” katanya kepada BH On-line.

Mengenai gelaran Datuk yang diterimanya, penyanyi lagu Memori Cinta Luka itu hanya mampu memanjatkan kesyukuran.

“Jika hendak diikutkan, saya mendapat tawaran bagi penganugerahan ini sejak Oktober tahun lalu. Namun atas beberapa sebab, ia ditunda. Selepas itu, saya pun tidak berfikir apa-apa mengenainya.

“Tak sangka pula seminggu sebelum menerima gelaran terbabit, saya dimaklumkan mengenai majlis penganugerahan berkenaan. Pada hari penganugerahan itu juga saya terbabit dengan projek amal, Kembara Amal Kasih di Jerantut Pahang.

“Jujurnya, saya tidak pernah mengharapkan gelaran itu. Cuma, selalu saya berdoa supaya sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik,” katanya.

Comments

comments

Check Also

Fattah Amin Bintang Paling Popular ABPBH 3.0

∁∣¡∁k ¡m∂G⋿ ⊤o Close (Sumber dari Berita Harian) PUTRAJAYA: Fenomena drama rantaian Suri Hati Mr …