SELEPAS DIPENJARAKAN SELAMA 44 TAHUN, LELAKI INI MENGALAMI KEJUTAN BUDAYA


TIPS KESIHATAN

loading…

Kongsikan Artikel Ini!!

shares

Banduan dibebaskan selepas dipenjara 44 tahun terkejut beruk dengan perubahan dunia luar. Lelaki ini menyangka sesiapa sahaja memakai earphone adalah perisik CIA. Berikut adalah sedikit maklumat ringkas mengenai Otis Johnson :

Dipenjarakan ketika berumur 25 tahun kerana cubaan membunuh anggota polis.
Selepas 44 tahun, beliau telah dibebaskan dan sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan di luar
Beliau keliru dengan orang yang seperti bercakap dengan diri sendiri menggunakan iPhone
Pilihan yang ada di kedai runcit dan pasaraya juga agak memeningkan.
Beliau berkata dia tidak berdendam kerana dipenjarakan dan ingin fokus pada hidup baru.

2eceb40c00000578 3333953 image m 40 1448481267443

Seorang lelaki yang dipenjarakan pada 1970-an berkongsi cerita mengenai beliau yang cuba bergaul semula dengan masyarakat setelah dipenjara selama 44 tahun. Otis Johnson berumur 25 tahun ketika dia dipenjarakan akibat cubaan membunuh seorang anggota polis dan telah dibebaskan pada musim panas 2014 ketika beliau berumur 69 tahun. Lelaki ini ditemuramah oleh Al Jazeera English dan dirakam oleh kamera cctv di sekitar New York, dimana beliau perlu berusaha keras untuk menyesuaikan diri dengan banyak perkara terutama perkara harian.

2eceb42000000578 3333953 image m 32 1448481088582
Bebas : Otis Johnson dibebaskan dari penjara pada musim panas 2014 ketika berumur 69 tahun.

untitled
Kembali kepada masyarakat : Lelaki berumur ini dengan segera ke Times Square dan berkata beliau suka melihat orang ramai

2eceb41800000578 3333953 image m 34 1448481130009 961
Masa untuk berubah : Teknologi sangat berbeza ketika Otis baru dipenjarakan pada awal 70-an

Sepanjang 44 tahun di penjara, dunia luar telah banyak berubah, dan dia tidak berjumpa dengan ahli keluarganya sejak 1998. Mengimbas kembali, dia mempunyai kenangan manis dengan orang tersayang dan juga memberitahu bahawa dia seorang yang penyayang terhadap kanak-kanak.

“Ia sangat merunsingkan saya kerana saya sangat merindui keluarga saya,” katanya.

Ketika dibebaskan, dia diberikan kad pengenalannya, duit sebanyak $40 dan 2 tiket bas. Dia memberitahu yang dia sangat keseorangan, tetapi bernasib baik kerana menemui Fortune Society, non-profit organization di Harlem, yang memberikannya tempat tinggal dan bantuan lain. Dia bermalam di situ, dan akan pulang pada 9 malam, dan menghabiskan hari siangnya menghadiri majlis keagamaan, bermeditasi dan berlatih tai-chi.

“Penjara banyak memberi kesan kepada saya,” katanya. “Untuk menyesuaikan diri pada mulanya sangat sukar, kerana segalanya sudah berubah,”.