Home / bharian / Radin ERA FM rai kejayaan di Turki

Radin ERA FM rai kejayaan di Turki

∁∣¡∁k ¡m∂G⋿ ⊤o Close

(Sumber dari Berita Harian)

PEMENANG Anugerah Penyampai Radio Widespread, Radin ERA. – Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR: Dua hari selepas menggondol trofi Penyampai Radio Widespread, Anugerah Bintang Widespread BH (ABPBH) three.zero, Radin ‘terbang’ ke Turki ditemani empat sahabat untuk bercuti.

Selepas kali terakhir diberi kelepasan panjang pada Aidilfitri tahun lalu, Radin yang masih terkejut dengan kejayaannya, mahu menggunakan waktu santai sepuas-puasnya meraikan kemenangan di pentas ABPBH three.zero.

Dihubungi melalui aplikasi WhatsApp, Radin memberitahu BH On-line, dia akan pulang ke tanah air beberapa hari sebelum Ramadan.

“Kali terakhir saya bercuti panjang adalah pada sambutan Aidilfitri tahun lalu. Rancangan percutian ini sudah lama dibuat. Tapi pihak pengurusan baru memberi pelepasan.

“Jadi dapatlah saya melancong melihat tempat orang,” katanya.

Radin berkata, dia mahu melawat beberapa lokasi menarik di Turki.

“Saya nak pergi tengok Pamukale, Grand Bazaar, Spice Bazaar dan Masjid Hagia Sophia. Saya juga teringin menaiki belon udara panas di Cappadocia,” katanya.

Mengenai kejayaannya menewaskan calon senior seperti Johan dan DJ Lin pada ABPBH three.zero, Radin atau nama penuhnya, Radin Amir Effendi, 27, masih tidak menyangka tuah menyebelahinya.

“Memasuki tahun ketiga dalam dunia penyiaran, saya tidak menyangka meraih kejayaan ini. Ini pembakar pembakar semangat saya untuk memberikan yang terbaik pada masa depan.

“Terima kasih keluarga dan BH yang tak jemu memberi sokongan. Terutama kepada peminat tersayang dan ahli kelab Official Radin Rangers,” katanya yang turut mengacarakan program TV PM Reside di Astro.

Comments

comments

Check Also

Fattah Amin Bintang Paling Popular ABPBH 3.0

∁∣¡∁k ¡m∂G⋿ ⊤o Close (Sumber dari Berita Harian) PUTRAJAYA: Fenomena drama rantaian Suri Hati Mr …