Home / bharian / Penahanan Benjy calar industri seni – KARYAWAN

Penahanan Benjy calar industri seni – KARYAWAN

Kel¡k G∂mb∂r Untuk Tutup

(Sumber dari Berita Harian)

LAPORAN portal Detik Information mengenai penahanan aktor Malaysia berkaitan dadah. – Foto Portal Detik Information

KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) menyifatkan penahanan pelakon Khaeryl Benjamin atau Benjy di Medan, Indonesia, mencalar reputasi industri hiburan tempatan.

Terkejut dengan berita penahanan Benjy, 38, Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez berkata, pihaknya tidak dapat membantu berikutan kes itu membabitkan undang-undang di negara asing.

“Saya terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan mengenai perkara ini. Difahamkan, ia bukan kali pertama Benjy dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.

“Sebagai persatuan, tidak banyak yang kami boleh bantu kerana ia membabitkan undang-undang negara luar. Dalam hal ini, keluargalah yang seharusnya memberikan sokongan dan menghulurkan bantuan kepada pelakon terbabit kerana mereka lebih berhak.

“KARYAWAN tidak mempunyai kuasa untuk ke sana kerana ia bukan di bawah bidang kuasa kami,” katanya.

Freddie juga berharap insiden itu dijadikan pengajaran buat semua artis tempatan berikutan mereka adalah golongan selebriti yang sentiasa menjadi tumpuan umum.

Comments

comments

Check Also

Demi isteri, Hazama ingin berehat daripada kerja seni

Kel¡k G∂mb∂r Untuk Tutup (Sumber dari Berita Harian) PENYANYI, Hazama Azmi, 33, merancang untuk bercuti …

error: Content is protected !!