Home / bharian / Nassier Wahab terharu sumbangan dihargai

Nassier Wahab terharu sumbangan dihargai

∁∣¡∁k ¡m∂G⋿ ⊤o Close

(Sumber dari Berita Harian)

PENYANYI standard period 80-an Nassier Wahab. – Foto Nur Adibah Ahmad Izam

PEKAN: Penyanyi standard period 80-an Nassier Wahab bersyukur dan terharu dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Ketika ditemui Nassier, 55, melahirkan rasa syukur dengan anugerah yang diterimanya dan menyifatkan segala kerja keras dalam dunia seni sejak 30 tahun lalu terbalas.

“Seperti tidak menyangka pun ada kerana bagi saya ramai lagi yang lebih layak untuk menerima anugerah ini. Tapi saya percaya pada konsep rezeki dan Allah telah murahkan rezeki saya hari ini.

“Ini adalah anugerah terbesar pernah saya terima sepanjang perjalanan karier seni saya dan sudah tentu ia untuk masyarakat yang sentiasa menyokong saya,” katanya.

Penyanyi yang sinonim dengan lagu Memori Cinta Luka itu adalah salah seorang daripada 158 penerima darjah-darjah kebesaran dan pingat-pingat negeri Pahang Darul Makmur yang disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Comments

comments

Check Also

Fattah Amin Bintang Paling Popular ABPBH 3.0

∁∣¡∁k ¡m∂G⋿ ⊤o Close (Sumber dari Berita Harian) PUTRAJAYA: Fenomena drama rantaian Suri Hati Mr …