Nasihat Siti Nurhaliza kepada pemenang ABPBH 3.0

(Sumber dari Berita Harian)

PERSEMBAHAN Datuk Siti Nurhaliza pada kemuncak tiga dekad Anugerah Bintang In style BH three.zero (ABPBH three.zero) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza mengucapkan tahniah kepada semua pemenang trofi Anugerah Bintang In style BH (ABPBH) three.zero yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Penerima tujuh kali trofi Bintang Paling In style ABPBH itu turut mencoret secebis nasihat kepada pemenang ABPBH three.zero melalui standing di laman Instagram.

“Kepada pemenang ABPBH three.zero, tahniah saya ucapkan. Adik -adik (merujuk kepada pemenang) sedang melalui fasa yang saya panggil sebagai ‘tanggungjawab’.

“Bukan mudah melalui fasa itu tetapi dengan kesabaran yang tinggi, usaha tanpa jemu dan jati diri yang baik… insyaAllah ia boleh ditempuhi sebaik mungkin.

“Takhta kemenangan bukan pengukur kita ini hebat, tetapi lebih kepada bagaimana kita menjalankan tanggungjawab dengan baik. Tanggungjawab itu merujuk kepada diri sendiri, orang sekeliling, bidang seni, tanah air, masyarakat dan peminat.

“Selamat mengharungi (cabaran) dan semoga maju jaya,” pesan Siti yang turut tercalon dalam kategori on-line, Artis Berpengaruh Di Media Sosial tetapi tewas di tangan bintang jelita, Neelofa.

Mengulas mengenai penampilannya di pentas acara anugerah berprestij itu, Siti memberitahu, jadualnya padat semalam kerana perlu menghadiri acara kayuh basikal di Tanjung Malim, Perak, pada sebelah pagi.

Namun, Siti tetap menunaikan komitmen mendendangkan single baharu, Segala Perasaan, biarpun keletihan.

“Walaupun keletihan hingga saya tersalah ‘masuk’ pada bahagian meneran dalam lagu itu, namun, saya sedar insan di belakang saya juga bekerja keras. Ini termasuklah pengurus saya, Rozi Abdul Razak.

“Kepada peminat Siti Zoners, terima kasih kerana gigih memberi sokongan biarpun menontonnya di rumah.

“Sokongan peminat membuatkan saya sayangkan mereka. Terima kasih juga kepada ABPBH dan BH kerana memberi peluang saya memperdengarkan single terbaru saya,” katanya yang merangkul trofi Penyanyi Wanita In style ABPBH sebanyak 13 kali.

Close