Home / hmetro / Nasib 'gadis ular'

Nasib 'gadis ular'

(Sumber dari Harian Metro)

New Delhi: Seorang gadis yang kulitnya tertanggal sendiri setiap enam minggu kerana penyakit yang menyebabkan kulitnya kering, disingkirkan daripada sekolah kerana didakwa menyebabkan ketakutan dalam kalangan rakan sekelasnya.

Shalini Yadav, 16, menghidap Erythroderma, penyakit radang kulit yang juga dikenali sebagai ‘sindrom orang merah’ yang tidak boleh diubati oleh doktor.

Dia perlu merendamkan tubuhnya di dalam air setiap jam dan menyapu krim setiap tiga jam bagi menghalang kulitnya mengecut dan tertanggal.

Bagaimanapun, keluarganya tidak mampu membeli krim berkenaan hingga menyebabkan kulitnya tertanggal setiap 45 hari sejak dilahirkan.

Shalini kini dipaksa berhenti sekolah kerana kanak-kanak lain takut dengan keadaannya yang dikatakan menyerupai ular.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Check Also

Baru enam bulan berkahwin

(Sumber dari Harian Metro) Kota Kinabalu: Abhsoy Kassim, 26, kru bot karam berhampiran perairan Pulau …