Home / malaysiakini / Najib ingatkan 'pengkhianat': Langgar sumpah ciri munafik

Najib ingatkan 'pengkhianat': Langgar sumpah ciri munafik

∁∣¡∁k ¡m∂G⋿ ⊤o Close

Sumber dari Malaysiakini

Presiden Umno turut melontarkan ungkapan “Melayu Mudah Lupa”yang dipopularkan melalui sajak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyindir kembali bekas perdana menteri itu.

“Dalam perhimpunan ini, saya memilih untuk terus berjiwa besar, menasihat dan menegur secara yang baik, bukannya menghentam batang tubuh secara peribadi.

“Tapi mengkritik pada perbuatannya, kerana kebanyakan mereka merupakan bekas-bekas pimpinan, menteri bahkan sampai ke tahap negarawan yang telah mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia atas nama Allah dengan kalimah-kalimah wallahi, wabillahi, watallahi, namun kini, telah menjadi orang asing malah mengkhianati perjuangan ini,” kata Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, hari ini.

Berkaitan sumpah itu, dedahnya, beliau ada bertanya kepada para ulama jika ia dilanggar.

Kata Najib, jawabnya, ia adalah satu dosa yang besar dan tanda-tanda sifat kemunafikan seseorang itu.

“Tidak hairanlah kalau benda ini berlaku, kerana ada orang itu sendiri yang pernah menyebut, Melayu mudah lupa.

“Lalu, saya ingin bertanya sekarang ini, siapa sebenarnya Melayu yang mudah lupa itu? Pastinya bukan kita, kerana Melayu Umno yang sejati adalah Melayu yang setia dan mengenang budi, dan tidak mengkhianati parti! tegas Najib.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang juga anggota Parlimen Rembau dalam ucapan dasarnya membacakan sajak “Melayu Mudah Lupa” yang pernah diungkapkan oleh Mahathir sebelum ini.

Bagaimanapun, bait-bait puitis itu diubah suai oleh Khairy untuk menyerang kembali bekas perdana menteri keempat itu.

Menurut Khairy, tindakan Dr Mahathir ketika ini berbeza 180 darjah dengan tindakannya sewaktu memegang tampuk pemerintahan negara.

Comments

comments

Check Also

Imam al-Aqsa puji Pulau Pinang

∁∣¡∁k ¡m∂G⋿ ⊤o Close Sumber dari Malaysiakini “Masha-Allah, ini sangat cantin. Pulau Pinang dirahmati,” itu …