Home / hmetro / Lelaki melecur, 7 rumah hangus

Lelaki melecur, 7 rumah hangus

Keningau: Lelaki melecur di belakang badannya manakala lebih 30 yang lain kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran tujuh rumah di Kampung Ansip di sini, hari ini.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa 20-an,dikatakan cuba menyelamatkan tilam sebelum ia terbakar lalu mengenainya.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Keningau, Mudi Pangiran berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.58 pagi tadi.

“Sepasukan sepuluh anggota termasuk dua pegawai bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan api.

Check Also

Baru enam bulan berkahwin

(Sumber dari Harian Metro) Kota Kinabalu: Abhsoy Kassim, 26, kru bot karam berhampiran perairan Pulau …