Koleksi NanaRayyan antara tarikan di FMBH'17

(Sumber dari Berita Harian)

KUALA LUMPUR: Koleksi tudung rekaan penyanyi yang meniti populariti selepas menjuarai program Gegar Vaganza (GV) musim kedua, Siti Nordiana antara ratusan produk sentuhan istimewa menanti pengunjung Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH’17), awal Jun ini.

Koleksi tudung jenama NanaRayyan bukan lagi asing berikutan Siti Nordiana atau Nana mengusahakan perniagaan berkenaan sejak setahun lalu.

Bagi melihat sendiri koleksi itu secara terus, orang ramai boleh mengunjungi FMBH’17 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) yang berlangsung selama tiga hari, mulai 2 hingga four Jun depan.

Menampilkan konsep `pasar lokal’ pada edisi ketiga itu, FMBH’17 turut mengundang artis common lain seperti Mawi, Syamel, Caliph Buskers, Wany Hasrita, Amira Othman, Irfan Haris, Fina Mentor dan Tajul.

Nana berkata, beliau terharu dengan undangan berkenaan apatah lagi jenama Muslimah yang diusahakannya bakal melancarkan produk baharu.

“Bermula pada 2012, saya menjalankan perniagaan jubah dan pakaian Muslimah dengan label Paling Comel By Siti Nordiana. Tahun lalu, saya melancarkan jenama tudung sendiri, NanaRayyan.

“Saya memang mempunyai pengikut sendiri yang sukakan jenama NanaRayyan ini. Saya memilih kain sifon yang mudah dibentuk, jadi ia tidak mengambil masa yang begitu lama untuk dipakai,” katanya kepada BH.

Nana berkata, sebelum ini beliau memiliki butik di Busana Mall, Menara MARA, di sini, tetapi sudah pun ditutup.

“Sekarang, saya hanya menjalankan perniagaan tudung dan bakal melancarkan gincu bibir jenama SND, yang bermaksud Siti Nordiana. Jadi, FMBH’17 adalah masa yang tepat untuk saya memperkenalkan produk baharu,” katanya.

Penyanyi lagu Cinta Hanya Sandaran dan Paling Comel itu berkata, beliau menghasilkan gincu bibir dalam tiga warna kegemarannya.

“Saya sukakan warna Honey Bee, Honey Berry dan Honey Latte, jadi tiga warna ini akan dijual dulu pada Ramadan ini,” katanya.

Katanya, beliau juga akan memperdengarkan single terbaru berjudul Terus Mencintai, hasil ciptaan dan liriknya sendiri kepada pengunjung acara itu pada four Jun.

“Bagi mereka yang mahu mendapatkan cakera padat lagu ini, saya juga akan menjualnya nanti pada acara terbabit,” katanya.

Sementara itu, tempahan jualan gerai FMBH’17 sudah pun dibuka. Untuk maklumat lanjut hubungi Hani atau Lisa di talian 014-6639447; 013-2112591; 018-274 2140 dan 012-6088968 atau emel; shueelliscomm@gmail.com.

INFO

  • Lapan artis solo dan sebuah artis berkumpulan boleh ditemui FMBH’17
  • Artis solo adalah Mawi, Siti Nordiana, Syamel, Wany Hasrita, Amira Othman, Irfan Haris, Fina Mentor dan Tajul.
  • FMBH’17 dihangatkan dengan kehadiran Caliph Buskers.
  • Liza Kool FM bakal mengendalikan fiesta.
  • Mawi dan Siti Nordiana akan membuka sales space jualan.
  • FMBH’17 diadakan di SACC, Shah Alam selama tiga hari mulai 2 Jun depan.