Keluarga mendiang Prince sekat pelancaran album

(Sumber dari Berita Harian)

PENGURUSAN harta Prince bertindak menyekat penerbitan beberapa trek (album), sekali gus menyukarkan usaha untuk memperingati pemergian legenda pop itu. – Foto AFP

NEW YORK: Pengurusan harta Prince bertindak menyekat penerbitan beberapa trek (album), sekali gus menyukarkan usaha untuk memperingati pemergian legenda pop itu.

Jumaat lalu, sebuah syarikat rakaman bebas mengumumkan rancangan untuk melancarkan album mengandungi enam trek lagu Prince, bertajuk ‘Deliverance’, setahun selepas kematian mengejut artis yang digelar The Purple One itu.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Prince, yang diketuai adik-beradiknya, pantas campur tangan dalam usaha penerbitan itu,

Mereka menuduh seorang jurutera bunyi, Ian Boxill, yang merakamkan trek dengan legenda pop itu di antara 2006 dan 2008, melanggar perjanjian.

“Boxill menyalahi undang-undang kerana cuba untuk mengeksploitasi rakaman Prince yang kini dimilikinya,” menurut tuntutan yang difailkan di mahkamah Minnesota.

Pengurusan itu berkata, Boxill menandatangani perjanjian kerahsiaan bahawa muzik itu akan ‘kekal menjadi milik tunggal dan eksklusif Prince’.

Prince meninggal dunia pada 21 April tahun lalu di premis Paisley Park miliknya di Minnesota akibat terlebih dos ubat penahan sakit. – AFP

Close