Home / thereporter / Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 10 semasa main kejar-kejar

Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 10 semasa main kejar-kejar

∁∣¡∁k ¡m∂G⋿ ⊤o Close

(Sumber dari Thereporter)

GOMBAK, SELANGOR – Kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 10 Pangsapuri Mawar, Selayang Mulia, Gombak pada jam 1 tengah hari, hari ini, lapor Harian Metro

Mangsa, Muhammad Nazirul Nasyat Mat Isa sebelum itu dikatakan bermain kejar mengejar bersama rakan-rakannya dari tingkat 9 ke tingkat 10 bangunan berkenaan. 

Malangnya apabila tiba di tingkat 10, rakan mangsa berusia 6 tahun dikatakan masuk ke dalam rumah, manakala mangsa terus mencari rakannya sebelum ditemui terjatuh di tingkat bawah pangsapuri itu. 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.40 tengah hari dan mengerahkan sepasukan anggota pergi ke lokasi kejadian. 

“Pasukan paramedik yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat. 

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian dan tiada individu yang mendakwa menyaksikan insiden tersebut,” katanya. 

Ali mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan. – The Reporter






Comments

comments

Check Also

Kanak-kanak 3 tahun kritikal selepas terjatuh dari tingkat 3

∁∣¡∁k ¡m∂G⋿ ⊤o Close (Sumber dari Thereporter) PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan berada …