Home / bharian / Janna tepis godaan berbelanja demi beli rumah

Janna tepis godaan berbelanja demi beli rumah

Kel¡k G∂mb∂r Untuk Tutup

(Sumber dari Berita Harian)

PELAKON, Janna Nick.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Janna Nick berkongsi rasa teruja selepas dapat merealisasikan impian membeli kediaman sendiri pada usia 21 tahun.

Pemilik nama penuh, Nurul Jannah Muner itu berkata, keinginan berbelanja benda tidak penting diketepikan semata-mata ingin mencapai cita-cita membeli aset sebagai pelaburan masa depan.

“Alhamdulillah saya berjaya menunaikan hasrat membeli rumah pada usia 21 tahun, sekali gus merealisasikan matlamat sejak mula berkecimpung dalam bidang seni. Tipulah jika tiada keinginan berbelanja, namun nafsu itu dapat dikawal.

“Saya memuat naik gambar di Instagram bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya menyuntik semangat kepada rakan sebaya lain bekerja lebih keras demi mencapai impian. Usah mengikut gaya berbelanja boros, sebaliknya fokus untuk mengumpul aset.

“Terima kasih kepada peminat, penggiat seni dan media yang membantu saya merealisasikan impian ini. Tanpa sokongan semua pihak, saya tidak mungkin mampu meraih sasaran ini,” katanya kepada BH On-line.

Bercerita mengenai perjalanan kerjaya, Janna memaklumkan masih terikat dengan penggambaran drama rantaian Dia yang menyaksikan gandingannya dengan pelakon Indonesia, Irwansyah selaku teraju utama.

“Buat masa ini fokus diberikan sepenuhnya terhadap Dia yang juga hasil kerjasama Malaysia dan Indonesia membabitkan sebanyak 60 episod, karya Eoon Shuhaini,” katanya.

Comments

comments

Check Also

Julia Perez masih bertarung dengan kanser

Kel¡k G∂mb∂r Untuk Tutup (Sumber dari Berita Harian) Julia Perez. – Foto Aziah Azmee JAKARTA: …

error: Content is protected !!