Ifa terima ucapan tahniah Inul, Dewi Perssik

(Sumber dari Berita Harian)

IFA Raziah pada kemuncak tiga dekad Anugerah Bintang Common BH three.zero (ABPBH three.zero) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR: Kejayaan kali kedua Ifa Raziah dalam kategori Artis Versatil Common, Anugerah Bintang Common BH (ABPBH) three.zero turut diraikan penyanyi dangdut terkenal dari Indonesia, Inul Daratista.

Bintang dari seberang terbabit mengirimkan ucapan tahniah kepada penyanyi, pelakon dan pengacara itu menerusi rakaman video, selain memuat naik gambar Ifa bersama trofi berkenaan di laman Instagramnya.

Malah, sebelum kejayaan mengekalkan trofi terbabit diumumkan, seorang lagi penyanyi dangdut negara berkenaan, Dewi Perssik, turut mengucapkan selamat maju jaya kepadanya.

Pada acara kemuncak ABPBH three.zero di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi, Ifa berjaya mempertahankan gelaran Artis Versatil Common yang diraihnya pada edisi lalu.

Dalam kategori yang dipertandingkan buat kali kedua itu, Ifa menewaskan calon hebat lain seperti Alif Satar, Zizan Razak, Didie Alias dan Zulin Aziz.

“Saya sendiri tak sangka mendapat ucapan daripada dua bintang terkenal dangdut Indonesia itu.

“Hubungan kami akrab sejak tahun lalu, ketika saya terbabit sebagai pengulas program realiti dangdut Indonesia, D’Academy Asia 2016. Saya dan Dewi Perssik, contohnya, memang kerap bertanya khabar menerusi aplikasi WhatsApp.

“Sekalipun masing-masing sibuk, kami selalu melepas rindu di telefon bimbit. Malah, Dewi sering bertanya, bila lagi saya akan ke Indonesia? Dewi dan Inul memang antara penyanyi dangdut yang akrab dengan saya. Apatah lagi kami memperjuangkan style muzik yang sama,” kata Ifa.

Dedah Ifa lagi, Dewi juga antara artis yang sangat mengambil berat ketika dirinya sakit dan dimasukkan ke hospital, sebelum ini.

Sementara itu, Ifa menyifatkan kejayaannya adalah atas hasil kerja kuat kelab peminat, Ifa Raziah’s Divas, di Malaysia dan Indonesia.

“Kejayaan ini adalah hasil dedikasi peminat saya di Malaysia dan Indonesia. Hakikat saya menewaskan calon kuat seperti Alif Satar amat mengejutkan.

“Saya melihatnya sebagai calon pilihan kerana beliau disenaraikan dalam beberapa kategori akhir. Saya dan dirinya juga bernaung di bawah syarikat rakaman sama, Sony Music. Begitupun, saya terima rezeki dan anugerah ini dengan lapang dada,” katanya.