Home / bharian / Idris Khan bintangi drama epik luar negara

Idris Khan bintangi drama epik luar negara

(Sumber dari Berita Harian)

Idris Khan. – Foto Nazran Jamel

KUALA LUMPUR: Tiga tahun bertapak dalam bidang seni, kerjaya Idris Khan, 28, semakin menyerlah apabila beliau ditawarkan membintangi sebuah drama bersiri berkonsepkan epik terbitan produksi luar negara.

Lebih membanggakan kata pelakon dan mannequin berkenaan, hasil lakonannya nanti akan disiarkan menerusi perkhidmatan televisyen Web standard, Netflix.

“Alhamdulillah, tahun ini saya akan berlakon dalam sebuah siri televisyen untuk siaran Netflix. Saya membawa watak pembantu dalam siri terbabit.

“Penggambarannya akan dijalankan pada Mei atau Jun depan di sekitar Kuala Lumpur dan juga di luar negara,” kata Idris ketika ditemui pada majlis pelancaran program amal ‘One For One 2017’ sempena sambutan Hari Pengasas Dr Ko 2017 di Bangsar, di sini, hari ini.

Walaupun terpaksa membahagikan masa antara perniagaan dan kerjaya lakonan, pelakon drama bersiri Duda Terlajak Laris itu menjelaskan, lakonan masih menjadi minat utamanya.

Idris berkata, beliau juga akan mengikuti kursus pendek dalam bidang lakonan di luar negara.

“Saya akan ke London, sama ada tahun ini atau tahun depan. Ada beberapa institusi seni yang saya sudah kenal pasti untuk tujuan itu.

“Ia akan mengambil masa selama dua minggu atau sebulan, bergantung kepada jenis kursus diikuti,”katanya.

Comments

comments

Check Also

Nassier Wahab terharu sumbangan dihargai

(Sumber dari Berita Harian) PENYANYI standard period 80-an Nassier Wahab. – Foto Nur Adibah Ahmad …