Fattah pamer trofi ABPBH 3.0 di kafe

(Sumber dari Berita Harian)

(zaidim@bh.com.my)

BINTANG Paling Widespread, Anugerah Bintang Widespread BH (ABPBH) three.zero, Fattah Amin. – Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR: Bagi menghargai sokongan peminat, Bintang Paling Widespread, Anugerah Bintang Widespread BH (ABPBH) three.zero, Fattah Amin mempamerkan dua trofi dimenangi di kafe Stalkers miliknya di Dataran Sunway, Petaling Jaya.

Fattah berkata, peminat boleh melihat lebih dekat dua trofi berprestij itu apabila berkunjung ke kafe berkenaan.

“Semua kejayaan termasuk trofi yang diraih adalah hasil daripada sokongan dan undian peminat.

“Jadi saya pamerkan dua trofi ABPBH three.zero di kafe milik saya…Dapatlah peminat sama-sama merasai kejayaan yang diraih,” katanya kepada BH On-line.

Pada ABPBH three.zero yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi, Fattah turut merangkul trofi Pelakon Televisyen (TV) Lelaki Widespread.

Fattah juga membawa pulang dua kategori on-line iaitu Artis Sensasi dan Gandingan Serasi Drama bersama Neelofa melalui penampilan mereka dalam drama rantaian, Suri Hati Mr Pilot.

Mengenai kemenangannya pada ABPBH three.zero, Fattah berkata, tanpa sokongan keluarga, pengurusan Fastyle, rakan media dan peminat, dia tidak akan berada di tempatnya sekarang.

“Drama Suri Hati Mr Pilot mencetus fenomena besar. Selepas drama itu berakhir, saya lihat dengan jelas sokongan peminat semakin meluas. Impak drama terbabit dan sokongan peminat dapat dirasai.

“Apabila saya pergi ke Singapura dan Brunei, ramai peminat menyebut drama itu dengan watak Ejaz Fakri,” katanya yang bakal muncul dengan drama Hero Seorang Cinderella berganding dengan Fazura di saluran Astro mulai 22 Mei ini.