Home / bharian / Empat finalis rebut gelaran juara sulung Rockanova

Empat finalis rebut gelaran juara sulung Rockanova

∁∣¡∁k ¡m∂G⋿ ⊤o Close

(Sumber dari Berita Harian)

FINALIS Program Nyanyian, Rockanova, dari kiri, Malisa Janudin atau Mel, Zarith Sofia Mohd Yasin atau Zarith, Sri Diana Amir Bashah atau Dian dan Azmi Khan Setapar atau Azmi.Foto: Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR: Seramai empat finalis bakal bersaing merebut gelaran juara sulung program realiti, Rockanova, pada pertandingan akhir yang berlangsung malam ini.

Peserta terbabit, Mel, Dian, Zarith dan Azmi berjuang untuk mencari tempat sebagai pemenang rancangan pencarian penyanyi rock yang diperkenalkan buat kali pertama oleh Astro Ria.

Bercakap kepada BH On-line, rata-rata mengaku menyimpan impian tinggi untuk menjadi juara edisi sulung program itu.

Mel yang dilihat antara peserta pilihan berkata, beliau mahu memberikan yang terbaik pada pertandingan akhir kerana percaya ia platform tepat untuk menempa nasib ke bidang seni.

“Saya mahu menggunakan peluang ini kerana sudah begitu lama menantikan ruang bagi berkongsi bakat dengan umum,” katanya ketika berkunjung ke Balai Berita.

Azmi, yang bekerja sebagai penoreh getah, juga mahu mencuba nasib untuk mengubah kehidupannya melalui bidang seni.

“Saya masuk pada minggu ketiga pertandingan dan ia rezeki yang saya tidak sangka-sangka. Jadi, saya pastinya akan melakukan yang terbaik bagi menjuarai pertandingan ini,” katanya.

Bagi Dian pula, beliau berkata pengorbanannya mengambil cuti tanpa gaji dikira berbaloi dengan menyertai rancangan itu.

“Saya percaya, tidak salah untuk kita mencuba dan kalau ada rezeki, ia pasti tidak ke mana,” katanya.

Berbeza dengan peserta lain, Zarith enggan terlalu memikirkan soal kemenangan, sebaliknya ingin memberikan persembahan terbaik pada pentas akhir.

“Saya mahu berseronok di pentas dan memberikan yang terbaik, selebihnya saya serahkan pada rezeki,” katanya.

Pertandingan akhir Rockanova bakal berlangsung pada jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Comments

comments

Check Also

Fattah Amin Bintang Paling Popular ABPBH 3.0

∁∣¡∁k ¡m∂G⋿ ⊤o Close (Sumber dari Berita Harian) PUTRAJAYA: Fenomena drama rantaian Suri Hati Mr …