Home / bharian / Elizabeth terkilan tolak Polis Evo 2 kerana rambut

Elizabeth terkilan tolak Polis Evo 2 kerana rambut

(Sumber dari Berita Harian)

ELIZABETH Tan terkilan menolak tawaran membintangi filem sekuel, Polis Evo 2 kerana isu rambut. – Foto Nur Adibah Ahmad Izam

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Elizabeth Tan, 23, mengaku terkilan menolak tawaran membintangi filem sekuel, Polis Evo 2 kerana isu rambut.

Elizabeth memberitahu, selepas diuji bakat, dia ditawarkan watak sebagai anggota polis yang menyelamatkan karakter lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak dalam sekuel berkenaan.

Namun, dedahnya, permintaan penerbit supaya rambutnya dipotong pendek tidak dapat ditunaikan. Ini berikutan dia terikat dengan kontrak sebagai duta empat produk.

“Saya ada bertanya bolehkah saya menggunakan rambut palsu dan menggunting sedikit saja rambut. Tetapi saya diberitahu, watak itu memerlukan saya berambut pendek seperti lelaki,” katanya kepada BH On-line.

Enggan kontrak sebagai duta produk terjejas gara-gara isu rambut, Elizabeth dengan berat hati melepaskan tawaran penerbit Polis Evo 2 biarpun dia teruja untuk beraksi dalam filem berkenaan.

“Syarikat produk melihat saya berdasarkan pakej dengan imej berambut panjang. Kalau saya potong rambut pendek, tak tahu macam mana imej yang hendak saya bawa untuk produk mereka.

“Kalau saya tidak terikat dan syarikat produk menerima imej saya berambut pendek, saya tak kisah. Tetapi pasti sukar untuk saya diberi tawaran sebagai duta lagi,” katanya.

Check Also

17475242_10154854314090783_2041959588_o.jpg.transformed.jpg

Azharina terpaksa tidur dalam kereta

(Sumber dari Berita Harian) Azharina azhar dan anaknya, King Rahman KUALA LUMPUR: Menjelang persembahan beliau …