D'Ambrosio puji taktikal Pioli

(Sumber dari Harian Metro)

Rome: Pertahanan Inter Milan Danilo D’Ambrosio memuji arahan jelas daripada jurulatih Stefano Pioli sebagai kunci kebangkitan mereka sejak pemecatan Frank de Boer.

Bek kanan D’Ambrosio membuka jaringan bagi membolehkan Inter menang Three-Zero ke atas pasukan tercorot Pescara awal pagi semalam, untuk mencatat kemenangan ketujuh berturut-turut yang membolehkan mereka memintas Lazio ke tangga keempat Serie A, lapan tangga lebih tinggi berbanding ketika legenda Belanda de Boer dipecat pada November.

“Di mana kedudukan kami agaknya jika beliau datang lebih awal? Siapa tahu. Saya bukan orang yang suka berdolak-dalik,” kata pertahanan itu. “Kami hanya memikirkan mengenai masa depan.

∁∣¡∁k ¡m∂G⋿ ⊤o Close

“Pioli memperkenalkan latihan amat berintensiti tinggi, tahap fizikal kami meningkat dan saya boleh memberi jaminan kami bekerja keras.

“Jurulatih memberi arahan jelas mengenai apa tugas yang perlu dilakukan. Pertahanan pertama adalah penyerang dan dengan cara ini beliau mencipta pasukan yang kuat.”

Pescara dibelasah sebaik tamat separuh masa apabila jaringan D’Ambrosio dan pemain tengah Portugal Joao Mario membolehkan Inter menguasai perlawanan.

Penyerang Itali kelahiran Brazil Eder dibawa masuk dari bangku simpanan untuk melengkapkan kemenangan selesa ketika perlawanan berbaki 20 minit sebelum Inter berdepan aksi menentang pendahulu liga Juventus minggu depan. – AFP