Cuaca buruk punca bot karam

(Sumber dari Harian Metro)

Kota Kinabalu: Polis Sabah sahkan tiga mangsa maut dalam kejadian bot jenis katamaran ke Pulau Mengalum, kelmarin.

Ia menjadikan sehingga jam 9.30 malam ini, 22 mangsa ditemui selamat dan enam lagi masih hilang.

Difahamkan, mangsa yang meninggal dunia adalah dua lelaki dan seorang perempuan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, identiti serta jantina semua mangsa yang berkenaan masih belum diterima setakat ini.

Beliau berkata, mangsa yang selamat dan meninggal dunia akan dibawa pulang ke Sabah daripada Labuan selewat-lewatnya pagi esok.

“Maklumat kematian ketiga-tiga mangsa kita masih belum terima sebarang maklumat lengkap dan saya akan maklumkan perkembangannya dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Hadir sama adalah Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisoner M Chandra.

Ramli berkata, untuk penemuan mayat tiga mangsa itu, polis akan mengklasifikasikan sebagai kejadian mengejut.

“Manakala dua kru bot iaitu Amran Abdul, 38, dan Sharliza Salian, 25 yang turut ditemui selamat kira-kira jam three.30 petang di Pulau Tiga kini sedang disoal siasat bagi membantu siasatan polis.

“Semua mangsa yang selamat dilaporkan berada dalam keadaan keletihan dan trauma selepas kejadian itu, ” katanya.

Mengulas mengenai punca kejadian itu, beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan ia disebabkan cuaca buruk dan laut yang bergelora sehingga menyebabkan bot dinaiki mangsa karam di perairan berkenaan.

“Usaha mencari baki mangsa iaitu seramai enam individu yang masih hilang akan diteruskan pagi esok,” katanya.

∁∣¡∁k ¡m∂G⋿ ⊤o Close