Home / thereporter / Benjy ditahan lagi, sorok dadah dalam dubur

Benjy ditahan lagi, sorok dadah dalam dubur

Kel¡k G∂mb∂r Untuk Tutup

(Sumber dari Thereporter)

MEDAN, INDONESIA – Pelakon Benjy dan juga anak kepada Allahyarham seniwati Azean Irdawaty, ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas didapati membawa dadah yang disorok di duburnya, lapor Detik.com. 

Benjy ditahan di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan, selepas pasukan keselamatan berjaya mengeluarkan dua paket syabu dari duburnya itu. 

“Setelah pemeriksaan dilakukan, dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disorok di dalam duburnya ditemui,” kata ketua pengawasan dan pelayanan kastam lapangan terbang Kualanamu, Zaky Firmansayah. 

Menurut Zaky, Benjy tiba di lapangan terbang itu menggunakan pesawat Malindo Air dari Kuala Lumpur untuk bertemu dengan rakannya. 

April tahun lalu, Benjy dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Muar atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram.






Comments

comments

Check Also

'Subuh hari ini, genap dua hari awak tinggalkan saya…'

Kel¡k G∂mb∂r Untuk Tutup (Sumber dari Thereporter) “Gambar kanan, gambar raya terakhir kita, 2016” – …

error: Content is protected !!