Home / thereporter / Bayi mengalami pendarahan dalam otak selepas terjatuh di taska

Bayi mengalami pendarahan dalam otak selepas terjatuh di taska

(Sumber dari Thereporter)

GEORGE TOWN, PULAU PINANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 bulan dilaporkan tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan dalam otak, dipercayai terjatuh di taska, pada eight Disember tahun lalu.

Menurut ibu saudaranya, Faezah, Azzalea Zahra binti Mohamad Firdaus, 10 bulan, mengalami pendarahan dalam otak sehingga terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Pulau Pinang. 

Azzalea bagaimanapun telah selamat menjalani pembedahan itu, namun masih berada dalam keadaan koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kes anak saudara saya ini bukan sebab kes tak pandai jaga anak, tetapi kes berlaku di taska. Hanya Allah dan kakitangan taska saja yang tahu apa sebenarnya berlaku.

“Sebelum ini asyik terbaca kisah keluarga  yang ada kes di taska. Tak sangka boleh terjadi pada keluarga sendiri,” katanya yang enggan mengulas lanjut dan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk anak saudaranya itu.

Bagaimanapun setelah hampir empat bulan mendiamkan diri, akhirnya ibu mangsa, Miela, tampil mendedahkan kejadian yang menimpa anaknya itu kepada umum melalui akaun Facebooknya, semalam.

Menurut Miela, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa anaknya semasa berada di tempat kerja di mana dia dihubungi oleh penjaga anaknya, Sya, menyatakan anaknya yang pada ketika itu berusia 10 bulan tidak sedarkan diri dan disyaki mengalami pendarahan dalam otak.

“Saya terus menghubungi ibu saya dan ibu telah pergi ke taska tersebut dan terus membawa anak saya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Bukit Mertajam sebelum dihantar ke ke Hospital Besar Pulau Pinang,” berdasarkan laporan polis yang ditulis oleh Miela.

Dalam pendedahan terkini, Miela mendakwa pihak taska berkenaan hanya diam seribu bahasa, malah tidak pernah menjenguk anaknya, apatah lagi menghulurkan bantuan membiayai kos perubatan anaknya.

Laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa | Foto – Miela
Laporan polis dari pegawai polis di Balai Polis Bukit Mertajam, menerima panggilan telefon dari pegawai perubatan Hospital Bukit Mertajam memaklumkan mangsa disyaki mengalami pendarahan dalam otak. | Foto – Miela
Kejadian berlaku di taska ini | Foto – Miela

Kini, Miela meminta bantuan orang ramai memberikan nombor telefon peguam yang boleh membantunya menuntut keadilan untuk anaknya. – The Reporter

Comments

comments

Check Also

Lelaki rogol & tikam kemaluan 23 mangsanya hanya kerana dendam terhadap wanita

(Sumber dari Thereporter) MAKASSAR, INDONESIA – Polis Indonesia menembak mati seorang perogol bersiri yang didapati …