Ayda akui baik dengan Redza

(Sumber dari Berita Harian)

KUALA LUMPUR: Bintang sensasi, Ayda Jebat, 25, tidak mampu meramal sejauh mana hubungannya dengan pelakon yang kini hangat digosipkan bercinta dengannya, Redza Rosli.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini hubungan baik terjalin antara mereka dan kerjasama yang diwujudkan bagi menjayakan drama Ku Kirim Cinta berlangsung dengan baik sekali.

AYDA Jebat (kanan) dan Redza Rosli. – Foto Zunnur Al Shafiq

“Jika peminat berasakan saya dan Redza sesuai, aminkan saja. Ada juga peminat yang mengharapkan pengakhiran yang baik kepada sesuatu hubungan, namun sebagai manusia biasa, saya tidak mampu untuk menjaga hati semua orang.

“Saya cuba mengutamakan perasaan saya dan keluarga terlebih dulu. Saya akui baik dengannya dan selepas ini, insya-Allah akan ada banyak lagi kerjasama lain antara kami,” katanya kepada BH On-line ketika ditemui pada majlis ulang tahun Tonton, di sini.

Hubungan Ayda dan pemuda sama usia dengannya itu mula diperkatakan apabila masing-masing memuat naik pelbagai gambar mesra sebaik saja kedua-duanya terbabit dalam penggambaran drama berkenaan.

Ia sebahagian daripada agenda mempromosikan produk lakonan mereka, yang bakal menemui penonton Mei depan di TV3.

Ayda berkata, sehingga kini, cara promosi dilakukan untuk drama terbabit di media sosial disambut baik oleh peminat.

“Kalau ada yang mula rasa tidak selesa dan berfikiran negatif, mungkin kami akan kurangkan apa yang sudah dilakukan. Apa yang kami lakukan ini atas paksi strategi pemasaran drama, yang dihasilkan untuk peminat juga.

“Kalau drama ini bagus dan mendapat sambutan, siapa tahu peminat akan undi kami pada Anugerah Bintang Widespread BH (ABPBH), contohnya,” kata Ayda sambil menguntumkan senyuman.

AYDA dan Redza diumumkan sebagai duta baharu portal Tonton. – Foto Zunnur Al Shafiq

Sementara itu, Ayda juga tidak menganggap sensasi hubungannya dengan Redza menjadi masalah atau tekanan buat dirinya menjalankan tugas sebagai duta Tonton yang baharu.

Sebaliknya, pelakon dan penyanyi ini berjanji akan menunaikan amanah terbabit sebaik mungkin.

Baru-baru ini, Ayda dan Redza diumumkan sebagai duta baharu portal well-liked terbabit, menggantikan tempat Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad. Selain mereka, duo ThomasJack pula menggantikan Henley Hii dan Soo Wincci sebagai duta kandungan berbahasa Cina.