'Aku kerja hari-hari, penat cari duit, kau ambil semua duit aku!! Suami tak guna' – Ezlynn

30 Mei yang lalu, media melaporkan penyanyi, Ezlynn, atau nama sebenar, Azline Ariffin, 36, telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Adam Fahmy Shamsudin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Ezlynn dan Adam Fahmy yang mendirikan rumah tangga 20 November 2011 dan belum dikurniakan cahaya mata.

BACA: EZLYNN FAILKAN PERMOHONAN CERAI

Namun melalui akaun Instagramnya semalam, Ezlynn memuat naik beberapa gambar keadaan rumahnya yang mendakwa telah diceroboh oleh…

“I came home to this?!! What the hell is this? My home no gate anymore. What the hell happened to the gate!!

“Barang hilang lagi, kena rompak. Aku kerja hari-hari, penat cari duit, kau ambil semua duit aku!! Now barang-barang semua kau ambil, kau rosakkan rumah.

“Kau buat hutang, aku tanggung semua. Aku diam, kau naik kepala. Kau memang jahat!! Suami tak guna, kawan tak guna, manager tak guna. Menyesal aku kenal kau seumur hidup aku.


Baca lagi: 5 Tips Untuk Kurangkan Berat Badan Dan Kelihatan Menarik

“Hutang tak mahu bayar, asyik bercuti saja. Kerja tak mahu. Ya Allah, Kau perdengarkanlah hati aku ini Ya Allah. Dengarkan doaku Ya Allah.

“Tidak ku halalkan setitik pun keringat aku yang sesen pun duit aku yang kau ambil. Kau adalah manusia yang paling jahat yang pernah aku kenal,” tulisnya.

Sementara itu di ruangan komen, ramai followers meminta Ezlynn bersabar dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.




(Sumber dari Thereporter)

∁∣¡∁k ¡m∂G⋿ ⊤o Close