11 artis gegar Akustikaloka 2.0

(Sumber dari Berita Harian)

KUALA LUMPUR: Kejayaan dan sambutan menggalakkan diterima pada penganjuran pertama persembahan muzik Akustikaloka three, Mac lalu, membolehkan projek berkenaan dipersembahkan bagi siri kedua mulai 19 hingga 23 April ini.

Dianjurkan oleh Asmaraloka Ventures, kali ini persembahan Akustikaloka 2.zero menampilkan 11 penyanyi seperti kumpulan Nastia, Radhi OAG, Eyza Bahra, Zulin Aziz, Asmidar, Hani & Zue serta Sevencollar T-Shirt.

Penganjurnya, Ayop Azril, berkata pemilihan artis pada acara kali ini dilakukan dengan melihat kepada kualiti dan kelainan style muzik, yang menjadikan Akustikaloka 2.zero lebih istimewa dan berwibawa.

“Sebenarnya, apabila penganjuran pertama dijayakan, ia sekadar bagi merancakkan program seni muzik indie yang dilihat semakin dipandang sepi.

“Tak sangka pula sambutan sangat menggalakkan, maka Akustikaloka 2.zero kini dapat dianjurkan. Berbanding Akustikaloka lalu, kali ini pengkarya diletakkan mengikut hari yang ditetapkan.

“Hanya dua artis bakal muncul pada setiap malam, manakala pada Sabtu, kami menampilkan tiga artis,” katanya kepada BH On-line.

Acara persembahan berkenaan berlangsung pada jam 9 malam di Studio Revolution Stage, One Avenue, Dataran Pelangi Utama. Tiket menyaksikan persembahan dijual pada harga RM30 (satu malam).

Sementara itu, Ayob juga bersyukur apabila artis well-liked Yuna dan beberapa badan persatuan memberi sokongan untuk mempromosikan malam persembahan itu, selain menghulurkan bantuan peralatan serta tenaga kerja.

“Sebagai contoh, YunaRoomRecords menjadi rakan sokongan yang memberi kerjasama daripada segi artis dan promosi.

“Memandangkan projek ini tidak mempunyai dana yang kukuh, kerjasama dan hubungan antara penggiat seni muzik amatlah diperlukan,” katanya.